Monday, March 15, 2010

Kau Satu Cinta Yang Selamanya Aku Cari



Penat sungguh hari ni. Tambah lak pemanasan global yang berlaku kat Bumi nih menambah keresahan di hati. Nak *tinted!!!..huhu..Pagi2 lagi budakberangan dah kena bangun awal hantar budak2 dll..sampailah ke tengahari kena drive lagi..huhu..hmm..biasalah cuti sekolah..macam2 aktiviti diorang nih..

Semalam aku ber-webcam dengan abangku yang jauh di perantauan. Sedih juga rasanya. Tambah pula dengan kesusahan belajar dan kehidupan yang bermacam-macam di sana..setiap kali online aku selalu je bagi semangat kat dia. Sekurang-kurangnya wish him luck or apa2 je lah. Tu je lah yang aku termampu. Bukan apa. Pembelajaran dia sangat tough. So apa yang mampu aku tolong ialah doakan yang terbaik untuk dia dan bagi support. At the same time, dia still bagi semangat kat adik2 supaya study betul2.

Ibu pun turut ber-webcam dengannya. Tiba2 abangku tulis.."Tiba-tiba rasa sedih tengok ibu"..kata2 dia dalam ym..tiba2 aku jadi sedih..apasal aku pun tak taw. Mungkin dia rindu sangat kat keluarga + bertarung dengan pembelajarannya. Waa..cuba bayangkan aku di tempat dia...mampukah aku?

Bila aku fikir2 balik..itulah dia..hargailah masa ibu ayah kita depan mata..masa inilah kita berbakti dengan mereka..Dengar nasihat mereka..cuba bayangkan suatu hari nanti mereka x da lagi disisi kita..nasihat mereka? doa mereka?......

Tanyalah hati, “Bagaimana telah ku layan Ibu dan Ayahku di depannya dan di belakangnya?”

Kasih pada Ibu dan Ayah juga bukan sekadar setiap hari dalam hidupnya. Kasih pada Ibu dan Ayah seharusnya kasih abadi, yang dijelmakan walaupun mereka telah tiada selagi kita masih bernafas. Namun, apakah kita menunggu jasad mereka terbujur kaku baru hendak kita mengucap kasih, maaf, berlaku baik, menyesal kesalahan dan berdoa?

“Wahai TUHAN kami, kasihinilah mereka berdua (Ibu dan Ayah) sebagaimana mereka telah mengasihi kami sewaktu kecil” (Al-Isra’ : 24)

No comments:

Post a Comment