Saturday, April 3, 2010

kat radio Era semua lagu sedih2..huhu



Pertama sekali Al-Fatihah untuk arwah Din Beramboi yang baru shj kembali ke Rahmatullah semalam. Ini merupakan satu kejutan terutama bagi peminat2 rancangan2 lawak lakonan arwah.Tup2 mlm tadi kita dah dengar berita menyedihkan tu. Agak mengejutkan sebenarnya. Kita yang hidup ni kenalah ambik iktibar dgn sume nih. Sebab Tuhan leh ambil nyawa kita bila2 masa je. Masa tu pintu taubat semua dah tertutup. Hanya amalan2 yang baik kat dunia ni je yang leh back-up.. Yang lain suma akn kita tinggalkan. Kita akan berseorangan nanti sebatang kara. Kalau lah amalan kita cukup, insyaAllah cahaya akan menerangi kita . Kalau sebaliknya wallahualam..So bersediakah kita??Peringatan utk diriku yang alpa ini..

Kejahatan tu bukan satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yg terbentuk perlahan2, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu memang resah. Benarlah seperti yg diungkapkan, apabila manusia berdosa dia bukan sahaja menentang ALLAH tetapi juga menentang dirinya sendiri..

Namun rasa berdosa itu tidak lama.. jika dosa yg sama dibuat berulang kali.. rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Jika dulu ada air mata yg mengalir kerana kekesalan dan penyesalan.. tetapi di tahap kedua ini, tiada air mata lagi. Alah bisa tegal biasa. Hati telah laga utk berdosa.

Dosa itu racun yang disalut kemanisan. Dosa yang dizalimi tidak akan terhenti kesannya di hati. Dari tahap terbiasa dgn dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lagi.. tibalah pada tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dgn dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang utk melakukannya. Rasa ketagih dgn maksiat, rasa gian dgn kemungkaran, mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yang terbiasa menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehedaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tdk pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yg seronok dgn dosa itu dirasuk untuk ‘maju’ setapak lagi. Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan sesat. Keseronokkan dosa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sbg jalan kebenaran dan denai keindahan. Jgn ada pembela agama yg bercakap ttg akhirat dan kiamat.. pejuang dosa itu pun bgn menentangnya dgn seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati2lah dgn dosa. Jgn tertipu oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba2, tetapi ia umpama api dlm sekam yg membara dlm diam. Ketelanjuran kali pertama jgn disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri.. ketika rasa bersalah singgah di dalam hati pada kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adalah ‘peringatan’ yg ALLAH bekalkan secara tabii untuk menjaga fitrah insani. Itu petanda yg hatimu masih hidup. Bukankah penyesalan itu syarat taubat? Maka susulilah dgn syarat kedua dan ketiga (jika dosa itu dgn ALLAH). Jika dosa itu dgn manusia, tambahlah dgn syarat keempat. Tidak mengapa jika kau terlanjur lagi berdosa selepas itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akan hdup lagi. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan utk kembali kepada ALLAH. Jgn puts asa oleh taubat yg patah, kerana kasih sayang ALLAH akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bgn, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yg tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yg maju dan laju tanpa henti2. lbih baik terbentur, daripada patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, daripada tertipu leh ‘nikmatnya’ yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah.. sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tetapi jgn sampai kau tertipu dgn nikmat kejahatan. Berhati-hatilah menjaga hati. Tidak mengapa kau selalu menangis kerana dosa.. tetapi jgn sampai kau tersenyum kerananya! Ingatlah selalu, kejahatan yg menyebabkan kau menangis, lebih baik daripada kebaikkan yg menimbulkan rasa takbur!!

Wallahualam~orang yang bijak ialah orang yang selalu bermuhasabah diri.Ayuhh!

No comments:

Post a Comment